Soalan Lazim/ FAQs2019-08-03T10:53:07+08:00

ANDA TANYA & KAMI JAWAB

SOALAN LAZIM/ FAQs

Soalan Lazim/ FAQs

JualBateri.com – Kami redakan kerumitan anda

Kami menawarkan bantuan di lokasi kerosakan kereta anda untuk membawa anda kembali di jalan raya semula.  Anda mungkin mengalami masalah kenderaan disebabkan oleh beberapa sebab- yang paling umum termasuk bateri mati atau rosak, masalah alternator, masalah elektrikal atau penyalahgunaan minyak.

Apapun masalah anda, kami dilengkapi pengetahuan penuh untuk menangani dan menyelesaikan isu berkaitan bateri.  Operasi harian kami bermula dari pukul 7:00 pagi hingga 11:00 malam.  Anda tidak perlu menunggu terlalu lama atau mencari bengkel mahupun bergegas ke kedai bateri, kami akan datang ke tempat anda dalam masa yang singkat, menyelesaikan masalah anda supaya anda kembali ke jalan raya dengan sempurna.

Apakah masa operasi anda?2019-07-27T12:15:55+08:00

Setiap hari 7:00 pagi hingga 11:00 malam.

Siapa yang patut saya panggil untuk bantuan bateri di lokasi?2019-07-27T11:55:58+08:00

Call our Support at 017-9544 933 or Whatsapp

Bolehkah kami panggil dari rumah, pejabat atau lokasi kejadian?2019-07-28T19:30:47+08:00

Ya, selagi anda berada di dalam zon liputan kami dan masa tidak melebihi jam 11:00 tengah malam.

Adakah ada caj tersembunyi?2019-07-28T19:31:03+08:00

Tiada. Hantar, periksa dan pasang adalah SEMUA PERCUMA. Cuma bayar harga bateri baharu sekiranya bateri lama tidak berfungsi lagi.

Sekiranya bateri sedia ada saya masih boleh digunakan tetapi lemah, apa yang akan anda lakukan?2019-07-28T19:45:04+08:00

Kami akan menjalankan pemeriksaan bateri sedia ada anda TANPA SEBARANG KOS.  Sekiranya ia bukan masalah bateri, anda mempunyai pilihan untuk membaiki kerosakan lain – kerosakan alternator dan mungkin sebab-sebab lain.   Selepas semua kerosakan itu diperbaiki tetapi anda masih menghadapi masalah menghidupkan kereta anda dan anda fikir ianya adalah berpunca dari bateri kereta, anda boleh menghubungi kami.  Kami akan meminjamkan bateri sementara kami dan kami akan memeriksa bateri lama anda di premis perniagaan nanti.  Dengan mengandaikan bateri lama anda tidak dapat digunakan lagi, anda mempunyai pilihan untuk menggantikan dengan bateri baharu pilihan anda.  Kami akan hantar dan masih memasangnya secara percuma. Ini BONUS untuk anda?

Apakah yang saya harus lakukan semasa menunggu kru bantuan anda tiba?2019-07-28T20:22:29+08:00

Tenang dan yang penting jaga keselamatan anda.

Adakah kru bantuan anda membawa kad identiti?2019-07-28T20:23:15+08:00

YA.  Sila sahkan sebelum berurusan dengan mereka.

Jika cuaca hujan, adakah kru bantuan jualbateri.com masih datang?2019-07-28T20:11:46+08:00

Ya.  Sila tunggu kami tiba atau anda boleh menghubungi Kru Bantuan berkenaan, sekiranya anda ingin membatalkan tempahan anda atas sebarang sebab munasabah atau sah.  Kami dengan senang hati akan menangguhkan penghantaran pada masa lain yang diperstujui oleh kedua-dua pihak.

Adakah jualbateri.com memberi diskaun untuk bateri baharu?2019-07-28T20:20:22+08:00

Harga bateri kami jauh dibawah harga pasaran tetapi masih mengekalkan aspek kualiti, ketahanan dan keserasian dengan model kereta anda.  Sila hubungi Meja Kru Sokongan kami untuk sebarang diskaun.

Adakah bateri-bateri baharu anda dijamin?2019-07-28T20:31:18+08:00

Ya.  Pada asasnya 6 hingga 18 bulan bergantung pada jenama dan jenis kenderaan.  Semak di sini untuk terma & syarat waranti.

Bolehkah saya membayar bateri di lokasi?2019-07-28T21:16:13+08:00

Ya.  Bayar tunai sahaja.  Kami akan usahakan untuk memberi kemudahan anda membayar menggunakan kad debit/ kredit dalam tempoh terdekat.

Zon Liputan/  Covered Zone

Shah Alam – Semua Seksyen
Subang Jaya
Ara Damansara
Petaling Jaya
Bandar Klang
Bukit Raja
Meru